Bot nelayan karam: Mayat seorang lagi mangsa ditemukan

Iklan
Mayat mangsa, Lee Pong Ling di bawa ke Jeti Jabatan Laut Muar. - Foto Maritim Malaysia

BATU PAHAT - Seorang lagi mangsa tragedi bot nelayan yang karam di Tanjung Segenting, lima hari lalu ditemui lemas di perairan Muar pada petang Selasa, menjadikan tiga nelayan telah dijumpai setakat ini.

Pengarah Maritim Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, mangsa Lee Pong Ling, 68, ditemui oleh Feri MV Mulia Kencana 20 yang dalam perjalanan dari Bengkalis, Indonesia ke Muar pada kira-kira jam 2 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jeti Jabatan Laut Muar dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar Hopital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

"Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) seorang lagi nelayan, Raud Darus@Hamid, 53, akan diteruskan oleh aset Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan rutin," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.

Iklan

Sebelum itu, empat nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dilaporkan terbalik dan tenggelam akibat cuaca buruk di perairan Tanjung Segenting, pagi Jumaat.

Pada Sabtu, mayat tekong, Chiah Kah Chong, 53, ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua.

Iklan

Seterusnya pada Ahad, mayat nelayan yang dikenali sebagai Tan Hai Lian, 62, ditemui terdampar di Pantai Koris oleh orang awam yang berada di kawasan berhampiran.

Hanya Tan Siak Bin, 43, terselamat dalam kejadian itu selepas ditemui nelayan lain yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!