Pendandan rambut miliki 10 jari seperti bola ping-pong

Iklan
Yoshida menggunakan kelebihan jari seperti bola ping-pong untuk mengurut kepala pelanggannya di salun terletak di Nagoya, Jepun. Agensi

TOKYO - Seorang pendandan rambut dari Nagoya yang mempunyai sepuluh jari tangannya seperti bola ping-pong tular di platform media sosial dengan ramai netizen berpusu-pusu memberikan sokongan moral mengenai penyakit jarang ditemui itu.

Sebenarnya, Shogo Yoshida mengalami penyakit genetik yang dikenali sebagai pachydermoperiostosis (PDP) menyebabkan semua hujung jarinya termasuk kukunya seperti membengkak.

Iklan
Iklan

Malah, dia yang ditemuramah majalah Orion baru-baru ini menyatakan kecacatan jarinya itu bukan satu 'kelemahan', malah telah berjaya mengekploitasi kelebihan itu sehingga ramai wanita datang mendapatkan perkhidmatan mencuci rambut di salun miliknya.

Yoshida yang menggunakan nama pena Bachi Yubi San atau Mr Drumstik Fingers di media sosial telah menjadi popular di Jepun bila mana dia sering menonjolkan jari besarnya dengan lukisan corak berwarna warni dan sedang mencuci rambut pelanggannya menerusi video dalam platform itu.

Iklan

Menceritakan lanjut, abangnya turut mengalami penyakit genetik ini dan mereka menyedari jari semakin membesar semasa meningkat alam remaja.

"Pada mulanya kami dianggap serong oleh masyarakat terdekat, namun lama kelamaan kami mula menerima keadaan ini dan boleh mengekploitasi menjadi sesuatu yang positif," katanya.

Iklan

Semasa mula berkecimpung dalam industri perkhidmatan mendandan rambut, Yoshida berkata, keadaan jarinya menyebabkan dia sukar memegang gunting selain memakai sarung tangan dengan sempurna.

"Walaupun ketika saya baharu menjadi pembantu di salun rambut, saya sering dipuji kerana mampu melakuklan urutan kepala dengan baik.

"Lama kelamaan pelanggan mudah mengenali saya kerana mempunyai jari luar biasa dan sejak itu pelanggan semakin bertambah ke salun ini," tambahnya.

Selepas beberapa tahun mencipta nama di media sosial kerana hujung jarinya yang unik, Bachi Yubi-san kini merupakan salah seorang penggaya rambut yang paling dicari di Nagoya apabila orang ramai sanggup berbaris untuk mendapatkan perkhidmatan urutan dengan hujung jari seperti bola ping-pong itu. - Agensi