Kes buli di sekolah perlu dihentikan

Iklan
Laporan Sinar Harian

ISU buli terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah sering kali menjadi topik yang sering dibincangkan malah dilihat bagaikan tiada berkesudahan.

Tingkah laku agresif ini bukan hanya boleh mencederakan mangsa buli, namun mendera emosi serta mental dan yang paling teruk boleh mengundang kepada kematian.

Iklan
Iklan

Dalam kes terbaharu, video tular berdurasi satu minit 21 saat memaparkan seorang pelajar perempuan dibuli dan telah ditampar beberapa kali oleh dua pelajar lain dari sebuah sekolah menengah di daerah Kerian, Perak.

Susulan itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis telah melakukan siasatan selepas menerima laporan daripada pelajar perempuan berusia 13 tahun itu pada Selasa.

Iklan

Sebenarnya, budaya membuli tidak hanya berlaku di sekolah berasrama semata-mata tetapi kerap juga dilaporkan berlaku dalam mana-mana pengajian tidak kira sama ada peringkat rendah atau menengah.

Justeru, pihak sekolah dan guru-guru perlu memainkan peranan dengan menjadi mata-mata terhadap disiplin pelajar di sekolah.

Iklan

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dengan menjadi suri teladan yang baik dan menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak di rumah.

Apa pun, diharapkan kes seperti ini dapat ditangani dengan segera, jangan pula sudah membarah baru ada langkah pencegahan seperti peribahasa ‘ sudah terhantuk baru tengadah’.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!