[VIDEO] Kerajaan teliti keperluan rasionalisasi subsidi RON95 - Rafizi

Iklan

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, buat masa ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan kepada pelaksanaan subsidi diesel sehingga penyasaran subsidi diesel menjadi stabil.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan telah melaksanakan pemberian subsidi diesel secara bersasar bermula 10 Jun lalu yang dijangka dapat memberikan penjimatan RM4 bilion setahun, sekali gus mencapai objektif yang ditetapkan, antaranya untuk memperkukuh kemampanan fiskal negara serta mengurangkan ketirisan dalam pengagihan subsidi diesel.

"Sekiranya rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 dilaksanakan pada masa akan datang, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan golongan yang terkesan akan diberikan bantuan yang sewajarnya.

Iklan

"Di samping itu, pelaksanaan inisiatif ini juga akan membantu kerajaan memperkukuhkan kedudukan fiskal dan mengoptimumkan sumber yang ada.

Rafizi

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) sama ada langkah pengurangan subsidi petrol (Rasionalisasi Subsidi Petrol) memberi impak positif kepada rakyat.

Tambah Rafizi, penyasaran semula subsidi merupakan salah satu anjakan besar dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12).

Inisiatif ini katanya, penting dalam usaha memperkukuh kemampanan fiskal dan memastikan hanya kumpulan sasar yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan dan subsidi, seterusnya mengurangkan ‘inclusion and exclusion error’.

"Sejak tahun 2016, kerajaan telah menyediakan peruntukan subsidi dan bantuan sosial secara purata

sebanyak RM23.0 bilion setahun. Jumlah ini telah melonjak kepada RM67.3 bilion pada tahun 2022 disebabkan oleh kenaikan harga komoditi minyak mentah dan minyak sawit.

"Memandangkan subsidi bahan api merupakan komponen kedua terbesar yang meliputi 12.3 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2023, terdapat keperluan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan api,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!