Dulu tak ada duit nak bawa ibu: Syed Saddiq

Iklan
Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

MENTERI Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq, menzahirkan rasa teruja dan gembira apabila dia kini dapat melaksanakan niat untuk membawa ibunya ke konsert Maher Zain Tour 2019.

Ketika berucap pada majlis perasmian konsert Maher, Syed Saddiq, berkata, beliau telah menyimpan hasrat selama tujuh tahun untuk membawa ibunya melihat sendiri persembahan artis nasyid antarabangsa, Maher Zain.

Iklan
Iklan

"Tujuh tahun lalu bila Maher Zain datang membuat persembahan di Malaysia, saya tidak berpeluang untuk hadir ke konsert beliau berikutan saya tiada duit untuk hadir ke persembahan Maher.

Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya tak akan ambil mudah: Maher Zain]

Iklan

"Jadi, satu impian terbesar saya untuk bawa ibu untuk menghargainya sebagai hadiah hari lahir ke konsertnya.

"Dengan kedudukan saya seperti hari ini, apabila mengetahui Maher Zain akan mengadakan persembahan bukan satu lokasi bahkan empat lokasi berbeza.

Iklan

"Akhirnya, saya dapat tunaikan impian besar untuk bawa emak saya untuk menyaksikan persembahan Maher Zain secara langsung,” katanya teruja.