Guna sumber kerajaan langgar etika pilihan raya bersih, adil - Bersih

Iklan

SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan terutama Pakatan Harapan (PH) mengotakan janji dan reformasi yang dilaungkan selama lebih dua dekad sebelum ini.

Ini kerana Jawatankuasa Pemandu Bersih menegaskan, penggunaan sumber dan jentera kerajaan semasa berkempen bertentangan dengan amalan baik pilihan raya bersih dan adil di peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Penting untuk ditegaskan keperluan Kerajaan Madani menggariskan perancangan reformasi pilihan raya segera berserta garis masa pelaksanaannya dalam tempoh mandat kepimpinan kerajaan yang ada," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor berkata, tidak menjadi kesalahan untuk menganjurkan program atau mengumumkan peruntukan semasa pilihan raya kecil kerana menteri berada di program berkaitan berdasarkan kapasiti sebagai menteri dan 'kebetulan' ada pilihan raya.

Iklan

Susulan itu, Bersih mengecam kenyataan tersebut dengan memberi contoh Perkara 4(1) Deklarasi Inter-Parliamentary Union (IPU) yang menyatakan negara perlu memastikan adanya pemisahan antara kerajaan dan parti bagi memastikan pilihan raya bersih serta adil.

"Kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya tersebut bertentangan dengan pesanan Perdana Menteri pada 12 Jun 2024 menerusi kenyataan Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi) untuk seluruh anggota Kabinet mematuhi undang-undang pilihan raya sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Iklan

"Bersih juga telah mengeluarkan garis panduan 3C untuk sebarang aktiviti kerajaan bukan sementara seperti kerajaan Persekutuan dan negeri semasa pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan semasa tempoh kempen pilihan raya," tegasnya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang akan berlangsung pada 6 Julai depan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH-BN dan Perikatan Nasional (PN).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Mohd Nor pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!