Tiada masalah adaptasi masyarakat tanpa tunai

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

TAHUN 2020 menyaksikan Malaysia giat mempromosikan agenda 'cashless society' atau masyarakat tanpa tunai.

Pemberian inisiatif sebanyak RM30 baru-baru ini jelas menunjukkan kerajaan bersungguh-sungguh mahu melaksanakannya sebagaimana beberapa negara lain termasuk Sweden, China, Perancis, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Iklan
Iklan

Sebanyak RM450 juta diperuntukkan melalui inisiatif e-Tunai Rakyat yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 di Dewan Rakyat.

Biarpun masyarakat tanpa tunai ini baru diumumkan, namun inisiatif itu sebenarnya sudah bertapak di negara kita secara berperingkat sejak dua dekad lalu.

Iklan

Bermula dengan pembayaran tol, perkhidmatan bank juga perkhidmatan perbankan internet sebagai salah satu aktiviti tanpa tunai.

Tidak cukup dengan itu, muncul pula pelbagai perkhidmatan e-dompet bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran bil, tambah nilai mahupun membeli tiket wayang.

Iklan

Semuanya bertujuan merealisasikan agenda masyarakat tanpa tunai di Malaysia walaupun Guan Eng mendedahkan hanya lima peratus aktiviti tanpa tunai direkodkan dalam negara sebelum ini.

Bagaimanapun, keadaan ekonomi berkenaan nampaknya semakin dekat dengan Malaysia beberapa tahun lalu selepas perniagaan e-dagang berkembang pesat di negara ini.

Rakyat dilihat mula biasa dengan keadaan ekonomi tanpa tunai ini apabila kebanyakannya lebih selesa membeli-belah di platform e-dagang.

Kemesraaan rakyat Malaysia terhadap keadaan ekonomi tanpa tunai juga menyebabkan banyak perniagaan konvensional berubah kepada digital dengan menjual produk secara dalam talian.

Daripada contoh-contoh yang diberikan, jelas rakyat Malaysia menerima baik konsep masyarakat tanpa tunai ini walaupun kemudahan pembayaran masih belum meluas sepenuhnya.

Perkara itu turut diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah.

"Sambutan hebat daripada orang ramai membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menggunakan pembayaran elektronik,” katanya.