90 anggota tentera Rusia, Ukraine terbabit pertukaran tawanan

Iklan
Anggota tentera Ukraine yang merupakan tawanan perang berpelukan sebaik dibebaskan. Foto EPA

ISTANBUL - Moscow dan Ukraine masing-masing menukar 90 anggota tentera yang ditawan pada Selasa dalam pertukaran tawanan terbaru antara kedua-dua negara, lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, anggotanya yang dibebaskan akan dihantar ke Moscow untuk rawatan dan pemulihan di institusi perubatan.

Iklan
Iklan

Dia berkata, mereka yang dibebaskan sedang diberikan bantuan perubatan dan psikologi yang diperlukan.

"Pembebasan anggota tentera Rusia dari tawanan itu adalah usaha pengantaraan kemanusiaan yang dilakukan oleh Emiriah Arab Bersatu," menurut kementerian itu.

Iklan

Ukraine belum mengeluarkan kenyataan mengenai pertukaran itu. - Bernama-Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan