Syed Husin Ali dikhabarkan sedang kritikal

Iklan
Syed Husin

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dikhabarkan sedang kritikal dan tidak sedarkan diri.

Berita yang dikongsikan anaknya, Muhammad Ali berkata, keadaan ayahnya itu merosot secara tiba-tiba.

Iklan
Iklan

"Kita doakan yang terbaik, insha-ALLAH,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp pada Rabu.

Muhammad Ali turut memaklumkan bapanya dirawat di Hospital Selayang.

Iklan

Sinar Harian sedang berusaha menghubungi Muhammad Ali untuk mengetahui perkembangan kesihatan bekas Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan