Peniaga buah rompak kedai serbaneka dipenjara tiga tahun
Iklan
Seorang peniaga buah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu kerana merompak empat kotak rokok milik sebuah kedai serbaneka dengan bersenjatakan sebilah parang, Februari lepas.
KUALA LUMPUR - Seorang peniaga buah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu kerana merompak empat kotak rokok milik sebuah kedai serbaneka dengan bersenjatakan sebilah parang, Februari lepas.
Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Aznill Abd Kadim, 35, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kes serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 28 Mac lepas.