Konvensyen Masjid Nusantara MAIK bakal himpun 800 peserta

Iklan
Hasnan (tengah) semasa sidang akhbar di MAIK pada Rabu.

KOTA BHARU - Konvensyen Masjid Nusantara 2024 yang julung kali dianjurkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bakal menghimpunkan lebih 800 peserta di Hotel Grand Renai dekat sini pada 28 hingga 30 Jun ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Hasnan Ramli berkata, program julung kali yang dianjurkan itu akan menghimpunkan sembilan buah negara iaitu Indonesia, Brunei, Singapura dan empat wilayah Selatan Thailand.

Iklan
Iklan

"Perasmian konvensyen ini akan disempurnakan oleh Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Rabu.

Menurutnya, selain itu ia melibatkan perwakilan dari Majlis Agama Islam Negeri serta Jabatan Agama Islam Negeri seluruh negara.

Iklan
Konvensyen Masjid Nusantara 2024 yang julung kali dianjurkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bakal menghimpunan lebih 800 peserta di Hotel Grand Renai, Kota Bharu pada 28 hingga 30 Jun ini.

Hasnan memberitahu, pada masa yang sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan dijemput menyertai konvensyen ini serta penyertaan dari negara luar Nusantara iaitu Australia, Jepun, Kemboja dan China.

Tambah beliau, Konvensyen Masjid Nusantara ini akan menjadi medium mengumpulkan para penggerak masjid di seluruh negara untuk berkongsi pengalaman dalam menguruskan masjid cemerlang di tempat dan lokaliti masing-masing.

Iklan

"Penganjuran konvensyen ini juga akan membuka dimensi perbincangan dan perkongsian pintar dalam menguruskan masjid dengan lebih teratur berdasarkan keperluan dan kekangan yang ada.

"Semua pegawai masjid di negeri Kelantan yang terdiri dalam kalangan imam akan menjadi peserta wajib dalam konvensyen ini. Untuk masyarakat umum pula, kita akan sediakan sesi siaran langsung melalui media sosial MAIK dan rakan-rakan penaja bagi memberi ruang dan peluang untuk mereka di luar sana mengikuti konvensyen ini,"katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!