Amanahraya lestari alam sekitar menerusi inisiatif ‘love & care’

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif, AmanahRaya Trustees Berhad, Zainuddin Suhaimi, (tengah) Pengarah Urusan Kumpulan, Amanah Raya Berhad, Ahmad Feizal Sulaiman Khan, (Kanan) Pengerusi, Malaysia Tidal Garden Association, Encik Faizan Mat Yasim.

PULAU REDANG - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan anak syarikatnya, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) melalui Yayasan AmanahRaya hari ini telah melaksanakan satu lagi inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi tajaan sebanyak dua meja pembenihan yang mengandungi 400 benih terumbu karang yang diusahakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Malaysia Tidal Garden Association (MTGA).

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan dalam kenyataannya berkata, AmanahRaya dan ART sentiasa komited untuk memberikan sokongan penuh terhadap aktiviti untuk memperkasa pemuliharaan ekosistem marin taman laut dan alam sekitar.

Iklan
Iklan

"Kami amat berharap usaha sebegini dapat dilaksanakan secara berterusan supaya khazanah yang sangat berharga ini dapat dikekalkan.

"AmanahRaya dan ART menyokong penuh aktiviti pemuliharaan sebegini dan sedar mengenai keperluan untuk membiak semula terumbu karang agar ianya terus dapat menjadi habitat kepada hidupan laut dan melindungi kawasan persisir pantai daripada hakisan selain mengimbangi ekosistem laut,” ujarnya.

Iklan

Aktiviti melepaskan anak penyu antara pendekatan kelestarian yang diterapkan dalam program berkenaan.


Program kali ini memberikan satu kelainan kepada lebih kurang 65 sukarelawan kerana mereka diberi pendedahan yang meluas untuk menelusuri ilmu mengenai ‘Coral Farming’ yang melibatkan penjagaan dan pembiakan spesis terumbu karang menggunakan kaedah pembenihan ke atas dua jenis terumbu karang iaitu jenis Acrophora Coral dan Pocillapora Coral.

Jenis terumbu karang ini telah diwartakan kerajaan sebagai khazanah negara yang perlu dipelihara bagi mengelak kepupusannya.

Iklan

Tapak semaian karang yang ditaja oleh AmanahRaya Berhad dan AmanahRaya Trustees Berhad.


Selain itu, beberapa aktiviti lain seperti pelepasan sebanyak 120 ekor anak penyu dan pembersihan pantai turut diadakan bagi memupuk kesedaran sukarelawan terhadap kepentingan memelihara ekosistem sumber marin dan alam sekitar.

Program ini juga telah mendapat sokongan daripada Ketua Polis Balai Pulau Redang, Sub Inspektor Roslee Bin Yaacub bersama lebih lapan anggota yang akan bersama-sama sukarelawan sepanjang program tersebut.