Dewan Rakyat gamat, MP Pendang guna perkataan 'gangster', samseng

Iklan
Datuk Awang Hashim. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat menjadi gamat apabila Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menggunakan perkataan gangster dan samseng bagi merujuk kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Ia susulan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) (Pembubaran) 2024 oleh Anthony.

Iklan
Iklan

"Saya cadangkan supaya kita tak nak bila dihapuskan MAVCOM ini, kuasa dipindahkan kepada menteri (yang akhirnya) menjadi ‘taikun’ kepada kartel.

"Maknanya, menteri akan jadi ‘ketua gangster’ dalam negara untuk menyampaikan mesej-mesej atau perjuangan mereka dibawa ke dalam negara,” katanya sewaktu sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Iklan

Kenyataan itu membuatkan Jimmy Puah Wee (PH-Tebrau) bangkit meminta agar perkataan ketua gangster itu ditarik balik kerana disifatkan sebagai sangkaan jahat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor kemudiannya meminta Awang menarik balik perkataan yang dilontarkan kepada Anthony itu.

Iklan

Awang bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dan menyatakan, ia hanya jangkaannya.

"Saya kata jangkaan, kalau MAVCOM ini dihapuskan, kuasa pemusatan ini akan dipindahkan kepada menteri.

"Beliau akan ada kuasa penuh seperti mana yang dibentangkan Menteri Pengangkutan. Kita nak selamatkan menteri daripada gangster ini.

"Saya tarik perkataan gangster, saya guna samseng. Bahasa melayu ada seninya. Saya maksudkan seumpama. (Baiklah), Saya tarik balik mafia dan ketua gengster, mungkin jadi ketua penjahat,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!