Hasil padi IADA Barat Laut Selangor merosot akibat kemarau, serangan penyakit

Iklan
Rivoldiantoe (enam dari kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir serta peswab yang menerima anugerah pada Karnival Padi IADA Barat Laut Selangor di Inap D' Bondang, Peket 60 Sungai Besar, pada Rabu.

SABAK BERNAM - Hasil pengeluaran padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor merosot berbanding musim tanaman sebelumnya akibat kemarau dan serangan penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB).

Pengarahnya, Rivoldiantoe Basran berkata, cuaca tidak menentu terutama kemarau menyebabkan beberapa kawasan tanaman di Sungai Besar lewat menerima kemasukan air.

Iklan
Iklan

"Apabila air dari Sungai Bernam melalui Ban Kenal dilepaskan (ke sistem pengairan) pada waktu tertentu, tidak semua blok pengairan menerima bekalan air serentak, sebaliknya ia akan melalui Sawah Sempadan terlebih dahulu dan kemudian barulah melalui sistem pengairan di Sungai Besar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Karnival Padi IADA Barat Laut Selangor di Inap D' Bondang, Peket 60 Sungai Besar di sini, pada Rabu.

Iklan

Rivoldiantoe memberitahu, bagi menangani masalah itu, pihaknya juga akan memastikan jadual penanaman semula itu dilakukan pada masa tertentu dan bukan pada waktu kemarau.

Katanya, selain itu, pesawah di kawasan IADA Barat Laut Selangor turut terjejas akibat tanaman padi mereka dijangkiti penyakit BPB.

Iklan

Jelas beliau, sebanyak 14 peratus daripada lebih 17,000 hektar tanaman padi di kawasan pengairan itu diserang penyakit bakteria itu.

"BPB disebabkan oleh bawaan bakteria yang sering menyerang pokok padi pada peringkat berbunga iaitu antara 60 hingga 70 hari selepas aktiviti menabur benih.

"Serangan BPB menyebabkan padi tidak berisi sekali gus mengurangkan hasil tuaian dan hasil pengeluaran keseluruhan di kawasan ini pada musim lalu hanya mencapai 4.92 tan metrik sahaja," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!