Bubar MAVCOM, wujud desakan kerajaan jual saham kepada syarikat asing

Iklan
Radzi Jidin

KUALA LUMPUR - Tindakan pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dipersoalkan seolah-olah wujud desakan kerajaan untuk menjual saham kepada blok yang lebih besar di rantau Asia Tenggara.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keadaan tersebut berbeza sekali dengan negara jiran seperti Singapura dan Vietnam yang tidak melakukan penjualan saham berkaitan industri penerbangan kepada syarikat asing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebelum ini Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan lanjutan konsesi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk 39 lapangan terbang di seluruh negara bagi tempoh 45 tahun iaitu sehingga 2069.

"Adakah perkara pelanjutan konsesi dan perkara berkenaan pembubaran MAVCOM ini berkait rapat dengan usaha kerajaan yang begitu terdesak untuk menjual satu blok besar kepada MAHB kepada syarikat asing?

Iklan

"Tidak ada lapangan terbang di rantau ini dipegang oleh syarikat asing dalam blok yang besar,” katanya sewaktu sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Mengulas lanjut, menurut Mohd Radzi, sebelum ini DAP memperjuangkan kebebasan institusi dan perkara berkenaan perlu dibuktikan kepada rakyat.

Iklan

"Seperti yang disebut oleh Pendang, sebelum ini DAP yang selama ini memperjuangkan kebebasan institusi. Jadi buktikan dan tunjukkan bahawa itu yang diperlukan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!