Kempen PRK Sungai Bakap berjalan lancar - Polis

Iklan
PRK Sungai Bakap berjalan lancar tanpa kejadian tidak diingini sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu sehingga Rabu. Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap berjalan lancar tanpa kejadian tidak diingini sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu sehingga Rabu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, sehingga kini, polis berpuas hati dengan perjalanan kempen oleh kedua-dua parti yang bertanding.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan salah laku atau pelanggaran undang-undang pada PRK berkenaan.

"Semua kempen yang dijalankan oleh kedua-dua parti yang bertanding dibuat dengan lancar," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, pada Rabu.

Iklan

Beliau menambah, sehingga Rabu, sebanyak 25 permit ceramah telah diluluskan.

"Lapan daripadanya telah diluluskan pada hari ini. Polis telah meluluskan 15 permit ceramah, empat permit kempen bergerak dan enam permit tinjauan mesra.

Iklan

''Tiada permohonan permit yang ditolak. Semua pihak telah memenuhi syarat yang ditetapkan," katanya.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.