RM16 juta kerugian babit jenayah komersial di Seremban

Iklan
Mohamad Hatta ketika ditemui pemberita selepas program. Turut kelihatan Nicole (kiri).

SEREMBAN - Sebanyak 489 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM16 juta direkodkan di daerah ini dalam tempoh Januari sehingga Jun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kes penipuan merekodkan jumlah kerugian paling tinggi iaitu RM15.4 juta dengan 458 kes direkodkan.

Iklan
Iklan

"Ia diikuti kes pecah amanah jenayah iaitu RM467, 524.48 (6 kes), jenayah siber RM9,301.76 (3 kes) dan wang palsu RM3,153(18 kes).

"Berdasarkan statistik berbanding tahun lalu, kes-kes bagi kategori ini sudah menurun, tetapi kes penipuan pelaburan masih merekodkan jumlah kerugian paling tinggi dan ia menjadi sasaran sindiket ketika ini," katanya ditemui pemberita pada program 'Townhall Jom Lawan Scammer' di sini pada Rabu.

Iklan

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon.

Menurutnya, seramai 25 individu telah pun dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan setakat ini.

Iklan

Tambahnya, modus operandi terbaharu scammer adalah dengan menghantar jemputan Kod QR kepada individu tertentu di media sosial dan sekiranya dibuka suspek dapat mengakses akaun mangsa tanpa disedari.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan apa-apa tawaran yang tidak pasti dan meragukan.

"Kita dapati mangsa boleh jadi sesiapa saja termasuk mereka yang bekerja dalam korporat atau guru. Jadi perlu berhati-hati," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!