JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghantar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) selepas selesai pertemuan dilakukan di Istana Bukit Serene di sini, hari ini.
Menariknya, Sultan Ibrahim menghantar pemimpin nombor satu negara itu dengan menaiki Proton Saga keluaran pertama miliknya yang bernombor pendaftaran Proton 1.