PN gesa pembubaran MAVCOM dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen

Iklan
Khairil Nizam (tengah) bersama ahli Perikatan Nasional dalam sidang media di Parlimen pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) menggesa Jawatankuasa Khas Parlimen menyiasat tindakan pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin berkata, MAVCOM merupakan badan bebas yang menjadi tonggak kepada industri penerbangan tanah air.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penjualan itu tidak dipersetujui di blok pembangkang dan mereka menggesa agar perkara tersebut tidak dilakukan dalam masa terdekat.

"Kita tidak mempertikaikan sebenarnya dari sudut profesionalisme MAVCOM atau Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebab kita tahu kedua-dua mempunyai skop yang berbeza. CAAM melihat dari sudut teknikal penerbangan manakala MAVCOM pula ekonomi.

Iklan

"Kami berbahas dan tidak bersetuju serta minta isu ini diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen. Bukan kita tolak mentah-mentah,” katanya sewaktu sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Machang, Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, MAVCOM adalah benteng terakhir yang boleh mematikan penjualan saham MAHB kepada syarikat asing.

Iklan

Tambah beliau, perkara tersebut juga tidak dipersetujui oleh ahli UMNO dan penjualan saham tersebut perlu dibantah.

"Sebab itu saya bangun dan cabar benda ini. Saya tahu benda ini nak berlaku. UMNO pun marah, kami tak nak aset strategik negara jatuh kepada orang-orang sebegini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!