Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia hadapi ancaman Daesh - Saifuddin

Iklan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Sambutan Peringatan Hari Antidadah dan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) 2024 pada Rabu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dalam menangani sebarang ancaman terutamanya melibatkan elemen kumpulan ekstremis Daesh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia dapat dilihat melalui kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menahan beberapa individu yang cuba mengembangkan ideologi berkenaan baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Elemen Daesh itu masih ada tetapi polis telah berjaya mematahkan cubaan berkenaan menunjukkan bahawa pihak keselamatan dalam keadaan siap siaga sepanjang masa.

"Tangkapan ini juga menunjukkan elemen Daesh ini berada dalam batas ruang di mana pasukan keselamatan mampu tanganinya," katanya ketika diminta mengulas mengenai tahap keselamatan negara berikutan penahanan lapan individu terlibat dalam ideologi Daesh baru-baru ini.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan Khairul Anwar Bachok.

Pada Isnin, media melaporkan lapan warga tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas Daesh dalam satu operasi serentak di empat negeri pada Sabtu dan Ahad lepas.

Iklan

Tangkapan membabitkan enam lelaki dan dua wanita itu dibuat di Kelantan, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan kesemua suspek yang berusia 25 hingga 70 tahun itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!