Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran

Iklan
Sudadi dibawa oleh polis untuk dibicarakan. Foto Agensi

LAMPUNG UTARA - Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh jirannya gara-gara sikap mangsa yang sering mengejek pelaku sebagai lelaki mandul.

Menurut laporan media tempatan, pelaku yang dikenali sebagai Sudadi Ahmad, 30, penduduk Kelurahan Kelapa Tujuh, Kecamatan Kotabumi Selatan, Kabupaten Lampung Utara melakukan pembunuhan ke atas Sumini, 55, pada 23 Jun lalu di rumah mangsa.

Iklan
Iklan

"Mangsa dipercayai dijerut oleh pelaku menggunakan wayar kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan).

Sudadi ditahan polis selepas ditemui bersembunyi di Desa Tanjungaman, Abung Selatan pada Isnin.

Iklan

Menurut tertuduh, pembunuhan itu dilakukan kerana dia berdendam dengan mangsa yang sering mengejeknya tidak mempunyai keturunan malah menghasut isterinya untuk mencari suami lain.

Sudadi kini berhadapan dengan undang-undang Indonesia di Bawah Pasal 365 ayat 3 KUHP atau Pasal KUHP yang boleh membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup. - Agensi

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!