Durian duri hitam laris walau harga kayangan

Iklan
Ahmad Luqman Hakim menunjukkan buah duri hitam yang dijual olehnya.

KUBANG PASU - Rasa durian duri hitam yang unik menyebabkan penggemarnya rela berhabis ratusan ringgit untuk menikmati raja buah itu setiap kali tiba musim durian.

Pengurus Dusun Durian Teratak Chu Tiah, Ahmad Luqman Hakim Nor Azlan, 34, berkata, pada musim ini dia tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan tetap.

Iklan
Iklan

Katanya, dianggarkan setiap hari sebanyak 50 hingga 60 biji durian jenis itu dijual memandangkan permintaan terhadap buah itu sentiasa ada.

"Kebetulan musim ini durian duri hitam di kebun kami 'menjadi', hari-hari ada permintaan buah duri hitam.

Iklan

"Walaupun harganya agak tinggi, tetapi mereka tidak kisah hingga ada yang berulang-ulang membuat tempahan saban minggu," katanya ketika ditemui di dusunnya di Changlun pada Rabu.

Menurutnya, duri hitam mempunyai keistimewaan tersendiri dan fizikalnya dapat dikenali dengan melihat satu duri berwarna hitam yang ada di bahagian bawah.

Iklan

"Buahnya bulat elok, isinya mempunyai warna yang menarik dan setiap pangsa mempunyai isi. Dalam seulas buah duri hitam ini kita boleh rasa manis,pahit dan lemak," jelasnya.

Durian duri hitam dapat dikenali dengan melihat satu duri berwarna hitam yang ada di bahagian bawah.

Ahmad Luqman Hakim berkata, dia menjual duri hitam pada harga RM75 sekilogram bagi buah gred A.

Ujar bapa kepada empat cahaya mata ini, setakat ini dia telah menjual kira-kira 600 biji duri hitam sejak musim buah itu bermula awal bulan ini.

"Selain di Dusun Chu Tiah ini, syarikat kami yang dinaungi pengasasnya, Nor Azlan Jan, 63, turut menanam durian pelbagai varieti di tujuh lokasi lain, sekitar Changlun.

"Dianggarkan terdapat kira-kira 5,000 pokok semuanya dengan separuh daripadanya adalah duri hitam diikuti musang king, udang merah, hor lor, D28 dan IOI," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!