'Satu keluarga' walaupun berbeza kaum, agama

Iklan
Dari kiri, Nur Datina, K Ravichandran, See Li Lian dan Helen mesra melayani setiap anggota masyarakat yang datang berurusan di Pusat Khidmat DUN Semambu di sini.

KUANTAN - Berkhidmat membantu masyarakat bersama rakan setugas dari pelbagai kaum memberi kelebihan kepada empat petugas Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu di sini untuk lebih memahami dan menghayati erti perpaduan.

Bagi mereka, walaupun berbeza kaum dan agama, hubungan yang terjalin sejak hampir 10 tahun lalu bukan sekadar rakan setugas tetapi saling menghormati sebagai satu keluarga.

Iklan
Iklan

Helen Bong Sze Wai, 46, yang berkhidmat sebagai sukarelawan di pusat khidmat itu mengakui tidak menghadapi sebarang masalah dan selesa bekerja bersama rakan berketurunan lain.

"Semangat itulah yang sentiasa kami pegang bagi mengekalkan hubungan baik ini selain mengelak daripada menyentuh isu-isu sensitif,” katanya.

Iklan

Bagi pembantu pentadbiran Pusat Khidmat DUN Semambu, Nur Datina Mohd, 38, dia sentiasa menjaga hubungan dengan rakan setugas lain.

Secara peribadi, dia tidak bersetuju dengan sentimen perkauman yang cuba dimainkan sesetengah pihak kerana asas perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara telah lama terbentuk.

Iklan

Pandangan itu turut dikongsi, K Ravichandran, 59 yang berkata, hubungan baik dan semangat muhibah antara kakitangan sering diterjemahkan ketika menjalankan tugas menyantuni masyarakat.

"Bagi saya, kita semua lahir sebagai warganegara Malaysia tidak sepatutnya isu 3R (agama, raja dan kaum) ditimbulkan,” ujarnya yang juga Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang.

Sementara itu, bagi seorang lagi sukarelawan, See Li Lian, 44, berkata, dia tidak mengutamakan kaum sendiri dalam membantu orang ramai, sebaliknya sentiasa membantu sesiapa sahaja yang datang berurusan di pusat khidmat DUN berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!