Ada dengki dalam nikmat
Iklan
SEWAKTU saya muda-muda dahulu, saya kerja kuat dan laju. Justeru, banyak kejayaan diperoleh. Kadangkala, terdengar juga sindiran,"Jangan laju sangat bawa ‘kereta’ tu, nanti orang lain marah kerana mata masuk habuk dek lajunya ‘kereta’ kamu”.
Namun, saya tidak endahkan semua kata-kata tersebut, kerana saya bekerja dengan cara dan kaedah tersendiri. Lantaran itu, ada yang mula berasa terancam dengan sikap saya.