Kontraktor maut dilanggar lori ketika alih serpihan tayar

Iklan
Seorang kontraktor binaan maut selepas dilanggar sebuah lori ketika cuba mengalihkan serpihan tayar lori yang pecah di Lebuhraya PLUS hari ini.

SHAH ALAM - Seorang kontraktor binaan maut selepas dilanggar sebuah lori ketika cuba mengalihkan serpihan tayar lori yang pecah di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di sini semalam.

Kisah itu dikongsi Nurhazman Ridzuan di laman Facebook yang percaya mangsa seorang yang suka bersedekah berdasarkan tingkah laku yang dilihat terhadap lelaki itu.

Iklan
Iklan

"Hari ini menyaksikan peristiwa yang mengerikan. Seorang kontraktor binaan dilanggar lori 3 tan di Lebuhraya PLUS dan meninggal dunia di tempat kejadian. Dari segi rupa aku ingat Cina rupanya Melayu setelah dijelaskan pekerja beliau.

"Berpunca dari beliau ingin mengalihkan tayar lori pecah di atas jalan raya. Semasa ketibaan aku, dia masih hidup lagi dalam keadaan tercungap. Jadi aku hanya mampu teduhkan beliau menggunakan 'reflector' sahaja.

Iklan

"Niatnya sangat murni dan aku percaya arwah adalah seorang yang kuat sedekah. Semoga ALLAH mengampunkan dosanya dan ditempatkannya dalam kalangan mereka yang beriman," katanya.

Perkongsian oleh Nurhazman kini tular di media sosial. Antara reaksi netizen menyifatkan perbuatan mangsa merupakan tindakan terpuji.

Perkongsian oleh Nurhazman kini tular di media sosial dan rata-rata netizen menyifatkan perbuatan mangsa merupakan tindakan terpuji.

Iklan

"Innalillahiwainnailairojiun. Baik budi dan niatnya. Semoga di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin," tulis Nurul Afifi di Facebook.

Noresah Baharom pula memberitahu,"Baik orang ini. Matinya kerana untuk menolong orang awam. Semoga dia mendapat syahid akhirat. Amin. Insya-ALLAH akan mendapat ganjaran yang baik kerana turut membantu mangsa yang maut."