Polis bantuan maut kereta terbabas langgar tiang elektrik

Iklan
Keadaan kereta dipandu mangsa yang terbabas melanggar tiang elektrik di Kilometer 77 Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Rabu.

PEKAN - Polis bantuan maut selepas kereta dipandunya terbabas melanggar tiang elektrik di Kilometer 77, Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Rabu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Ariffudin Mohd Ramly, 33 beralamat dari Bandar Jengka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa dalam perjalanan dari Kemaman menghala ke Melaka.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di bahu jalan sebelah kiri.

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dipandu terbabas melanggar tiang elektrik.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami," katanya.

Mohd Zaidi berkata, punca kemalangan dipercayai terbabas sendiri dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!