Tiga anggota Kumpulan Tarian Singa dan Naga Kin Cho Hong (dari kiri) T. Pujagesan, 13, Muhammad Aiman Shakir Mohd Razali,16 dan Er Gae Ju, 18, memeriksa peralatan dan kostum agar dalam keadaan baik supaya persembahan yang dilakukan berjalan dengan lancar semasa ditemui di pusat latihan persatuan tersebut hari ini.
Kumpulan yang terdiri 48 anggota membabitkan 4 pasukan itu kini giat melakukan persiapan dan latihan bagi menjayakan 30 persembahan yang ditempah sempena perayaan Tahun Baru Cina pada Sabtu dan Ahad ini.
Tarian singa dan naga yang mengikut rentak paluan gendang merupakan tarian tradisional masyarakat Cina yang sinonim dengan Tahun Baru Cina dan dipercayai mampu membawa tuah dan rezeki kepada mereka.
Kebiasaannya tarian singa popular dengan kaum Cina namun kini turut dianggotai oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini.- Foto Bernama