Turkiye tutup mulut pengkritik

Iklan
Pemain Turkiye meraikan kejayaan mara ke pusingan 16 terbaik. Foto EPA

PENGENDALI Turkiye, Vincenzo Montella berkata, pasukannya menutup mulut pengkritik menerusi kemenangan ke atas Republik Czech 2-1 pada awal pagi Khamis untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

Pasukan Montella memperoleh kemenangan ke atas 10 pemain Czech untuk mara ke fasa kalah mati iaitu kejohanan besar buat pertama kali sejak melangkah ke separuh akhir Euro 2008.

Iklan
Iklan

"Kami sentiasa fokus dan bekerja keras, kami layak mendapat tempat di pusingan 16 pasukan terbaik ini.

"Kami telah mengalami beberapa kritikan yang tidak sepatutnya, dan kami mengatasinya.

Iklan

"Saya sudah biasa dengan tekanan, saya tidak kisah, tetapi saya tidak suka apabila tekanan diberikan kepada pemain saya," katanya.

Turkiye akan berdepan dengan Austria di Leipzig pada Selasa untuk membuat perhitungan ke peringkat suku akhir.

Iklan

"Malam ini kami hanya mahu meraikannya, kami berhak mendapatnya dengan pengorbanan yang besar. Tetapi mulai esok, kami mahu terus mencipta sejarah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!