Sewa inap desa simpan ganja bernilai lebih RM250,000

Iklan
Fisol (tengah) menunjukkan ketulan mampat ganja yang dirampas di inap desa berkenaan.

ALOR SETAR - Seorang penganggur ditahan polis selepas menjadikan sebuah inap desa di Taman Aman di sini sebagai lokasi transit pengedaran dadah sebelum diedarkan ke pasaran di sekitar utara.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, dalam serbuan pada jam 4.30 petang Selasa lalu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda turut merampas 100 ketulan ganja mampat seberat 100.2 kilogram (kg).

Iklan
Iklan

Katanya, lelaki berusia 46 tahun yang berasal dari Kuala Nerang itu dipercayai telah menyewa inap desa berkenaan selama empat hari.

"Hasil pemeriksaan lanjut polis turut menemui dua paket plastik lut sinar berisi tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat 8.20 gram dan satu peket plastik lut sinar berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 1.13 gram.

Iklan

"Seterusnya, pemeriksaan lanjut dilakukan dalam bilik kedua rumah itu menemui 100 ketulan mampat aluminium foil berwarna keemasan dibaluti plastik lut sinar berisi tumbuhan kering mampat disyaki dadah jenis ganja seberat 100.2kg dalam almari kayu," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini pada Khamis.

Menurutnya, kesemua dadah jenis ganja dan syabu itu dirampas dan dianggarkan bernilai RM250,200.

Iklan

"Selain itu polis turut merampas sebuah motosikal jenama Benelli jenis TNT bernilai RM8,000 dan wang tunai bernilai RM100," katanya.

Jelasnya, suspek ditahan reman sehingga 2 Julai depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B, 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Syabu yang dirampas itu dipercayai untuk kegunaan suspek dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek didapati positif methapetamine dan ganja," katanya.

Fisol berkata, pemilik rumah inap desa juga dinasihatkan supaya mengambil maklumat lanjut penyewa atau melaporkan kepada polis sekiranya mendapati ada aktiviti mencurigakan berlaku.

"Ini bukan kali pertama homestay dijadikan lokasi transit dadah sebaliknya telah ada beberapa kes sama dibanteras sebelum ini.

"Jika ada pergerakan atau kegiatan mencurigakan di homestay mereka, pemiliknya boleh segera membuat laporan polis untuk kami segera ambil tindakan," katanya.