'Pak guard', dua remaja subahat rogol gadis 13 tahun di sekolah

Iklan
Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di sini menjadi antara individu dipercayai terlibat dalam perbuatan jenayah rogol ke atas gadis berusia 13 tahun pada 1 Jun lalu. Gambar hiasan 123RF, gambar kecil: Shahrulnizam

PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di sini menjadi antara individu dipercayai terlibat dalam perbuatan jenayah rogol ke atas gadis berusia 13 tahun pada 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, tiga lelaki termasuk dua remaja berusia 15 tahun ditahan pada Selasa kerana disyaki memperkosa gadis tersebut di sebuah sekolah di sekitar Kota Damansara.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal dilakukan, kesemua suspek yang berusia 15 hingga 24 tahun tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kata beliau, gadis berkenaan difahamkan telah berkenalan dengan suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelajar di sekolah sama menerusi aplikasi media sosial.

Iklan

"Mangsa dijemput oleh suspek bersama seorang lagi rakannya yang merupakan pengawal keselamatan sekolah menaiki kereta.

"Gadis itu kemudiannya dibawa ke sebuah kelas di sekolah berkenaan sebelum dirogol oleh dua suspek tersebut jam 12.50 tengah malam," katanya pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut, Shahrulnizam berkata, mangsa dan suspek menaiki kereta yang tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya.

Menurut beliau, pengawal keselamatan berusia 24 tahun itu dipercayai telah berkomplot dalam membantu membuka kelas di sekolah terbabit, sebelum merogol mangsa.

Dalam kejadian itu, tambahnya, datang seorang lagi individu iaitu suspek ketiga yang berusia 15 tahun turut melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.

"Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bermula Rabu sehingga 2 Julai ini," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!