Bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda Noor Farida meninggal dunia

Iklan
Noor Farida

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Noor Farida, seorang daripada pengasas bersama kumpulan bekas penjawat awam kanan G25, meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Iklan
Iklan

Setiausaha G25 Jasmine Zulkifli, mengesahkan kematian Noor Farida.

"Saya dimaklumkan oleh keluarganya bahawa Noor Farida baru sahaja meninggal dunia.

Iklan

"Keluarganya akan membawa jenazah Allahyarham ke Masjid Kampung Baru," katanya dalam pesanan ringkas.

Sementara itu Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Penasihat Kumpulan Star Media, Datuk Seri Wong Chun Wai berkata, beliau berdukacita atas pemergian Allahyarham.

Iklan

Menyifatkan Noor Farida sebagai seorang rakan dan felow yang berfahaman sederhana, beliau berkata, Malaysia telah kehilangan satu figura dengan pandangan yang rasional dan berperikemanusiaan.

"Beliau akan sentiasa memperjuangkan Malaysia yang sederhana," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Ismail pula berkata, Noor Farida merupakan seorang bekas peguam, hakim dan duta yang berwibawa.

"Pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar untuk G25. Saya ucapkan takziah kepada keluarga beliau," kata anggota G25 itu.

Mohamed Tawfik yang juga anak sulung kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman berkata, Noor Farida juga merupakan antara individu yang lantang memperjuangkan hak wanita dalam perkhidmatan awam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!