Pameran Luna Light Wonderland 2024

Iklan
Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi pameran Luna Light Wonderland 2024, di Taman Bandar Bukit Layang-Layang malam tadi.

Luna Light Wonderland merupakan pertunjukkan lampu hiasan bertemakan angkasa, akuatik, percintaan, haiwan dan belantara terowong Love, terowong Starwars, terowong Avarta, dan Main Mascot Luna yang merangkumi penggunaan sebanyak 1.4 juta mentol lampu diod pemancar cahaya (LED) berwarna-warni.