'Kesultanan Pahang' akaun media sosial rasmi Pejabat Sultan Pahang

Iklan
Istana Pahang hari ini memaklumkan akaun media sosial rasmi pejabat Sultan Pahang hanyalah di bawah nama Kesultanan Pahang. Foto Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN - Istana Pahang hari ini memaklumkan akaun media sosial rasmi pejabat Sultan Pahang hanyalah di bawah nama Kesultanan Pahang.

Istana Pahang menerusi hantaran di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube Kesultanan Pahang menyatakan bahawa pihaknya mengambil maklum atas beberapa aduan dan rungutan netizen mengenai kewujudan akaun media sosial menggunakan nama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sejak akhir-akhir ini.

Iklan
Iklan

"Dimaklumkan bahawa semua akaun berkenaan adalah palsu. Untuk makluman, pentadbiran ini hanya mempunyai akaun rasmi yang sah menggunakan nama Kesultanan Pahang di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube, termasuk portal rasmi yang boleh dilayari di istanapahang.my,” menurut hantaran tersebut.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun-akaun berkenaan di platform Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube. - Bernama

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!