PUTRAJAYA - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan Piper PA-28-161 dengan pendaftaran 9M-ANA telah melakukan pendaratan cemas di satu kawasan lapang dekat Pelabuhan Klang hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat itu yang dikendalikan oleh Kelab Penerbangan Subang dinaiki dua individu telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 2.50 petang.