Anjing polis Israel serang warga emas Palestin cetus kemarahan global

Iklan
Dawlat menceritakan kepada Al-Jazeera mengenai insiden diserang anjing polis Israel di kem Jabalia. Foto Agensi

RABAT - Satu video tular menunjukkan anjing polis Israel menyerang seorang wanita warga emas Palestin dengan kejam di dalam rumahnya semasa rejim Zionis menyerbu kem pelarian Jabalia minggu lalu telah mencetuskan kemarahan masyarakat global.

Rakaman yang diperolehi Al-Jazeera menerusi kamera dipasang pada badan anjing itu menunjukkan wanita berusia 66 tahun tersebut menjerit ketakutan ketika diserang haiwan terlatih itu.

Iklan
Iklan

Mangsa yang dikenali sebagai Dawlat Al Tanani mengalami kecederaan parah selain patah tulang selepas diserang anjing tersebut.

Dawlat yang ditemu ramah Al-Jazeera menceritakan Pasukan Pendudukan Israel (IOF) melepaskan anjing ke arahnya semasa dia enggan keluar dari rumahnya.

Iklan

"Saya enggan keluar dari rumah dan tidak sesekali meninggalkan kediaman saya, jadi polis Israel menggunakan seekor anjing untuk menggigit dan menarik keluar hingga ke pintu masuk rumah.

"Sekarang saya mengalami kecederaan parah. Tiada pihak di hospital merawat saya," katanya.

Iklan

Insiden itu dijadikan bukti bahawa IOF menyeksa dan melakukan keganasan terhadap orang awam.

Pengguna media sosial yang telah berkongsi video itu secara meluas, menyatakan mereka tidak menyangka IOF melakukan penyeksaan dahsyat kepada rakyat Palestin.

Ramai aktivis telah menegaskan bahawa tindakan sedemikian, termasuk penggunaan anjing polis terhadap orang awam telah menjadi taktik lama oleh tentera Israel menakutkan penduduk Palestin. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!