Pengurusan syarikat YPB perlu terjemah visi, dasar kerajaan secara menyeluruh - PM
Iklan
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Pengurusan syarikat-syarikat di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) perlu menterjemah visi dan dasar kerajaan secara menyeluruh didasari dengan mandat yang diberikan sejak penubuhannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) adalah di bawah pemilikan YPB dan ini adalah sebahagian daripada strategi pemusatan institusi pelaburan bumiputera melalui YPB.