Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Iklan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis kerana sentimen keseluruhan pasaran kekal tertumpu kepada mata wang AS dengan kenyataan cenderung untuk menaikkan kadar faedah daripada pegawai Fed terus memberikan sokongan kukuh kepada dolar AS. Gambar hiasan

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis kerana sentimen keseluruhan pasaran kekal tertumpu kepada mata wang Amerika Syarikat (AS) dengan kenyataan cenderung untuk menaikkan kadar faedah daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed) terus memberikan sokongan kukuh kepada dolar AS.

Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada RM4.7160/7190 berbanding dolar AS RM4.7140/7185 ketika ditutup pada Rabu.

Iklan
Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar pertukaran dolar US kepada ringgit Malaysia (USDMYR) mencecah RM4.7225 pada sesi pagi sebelum berada sekitar RM4.7183 pada sebelah petang.

"Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) turun kepada 105.932 mata selepas melepasi 106 mata malam tadi,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Mohd Afzanizam berkata kadar pertukaran dolar AS-yen Jepun menjadi tajuk utama kerana ia melebihi 160 yen, didorong oleh jangkaan bahawa Fed akan mengekalkan pendiriannya untuk menaikkan kadar faedah.

"Jangkaan ini didorong indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang akan akan diumumkan kelak, ia adalah ukuran inflasi pilihan Fed AS," katanya.

Iklan

Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9383/9404 daripada 2.9459/9489 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9643/9681 daripada 5.9722/9779 manakala ia merosot berbanding euro kepada 5.0452/0484 daripada 5.0383/0431.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Ringgit berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.4761/4788 daripada 3.4746/4782, turun berbanding rupiah Indonesia kepada 287.4/287.7 daripada 287.1/287.6, susut berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.04 daripada 8.01/8.02, merosot berbanding baht Thailand kepada 12.7874/8015 daripada 12.8007/8185. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!