Kem renang tambah lagi tiga emas di AUG 2024
Iklan
Kombinasi Terence, Zheng Yong, Puong Wei dan Khai Xin memastikan emas ketiga dari Terence Ng Shin Jian Low Zheng Yong, Hi Puong Wei dan Tan Khai Xin memastikan emas ketiga dari acara 4x200m gaya bebas lelaki.
KEM renang terus menjana pungutan pingat emas hari kedua perjuangan kontinjen negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 apabila membutirkan tiga medal tersebut pada Khamis.
Bryan Leong Xin Ren pula jelmakan emas acara 50 meter kuak kupu-kupu lelaki.
Kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI), Surabaya, menyaksikan pembawa Jalur Gemilang, Bryan Leong menebus kekecewaan tempat ketiga acara 50m kuak dada lelaki pada Rabu apabila menyambar pingat emas 50 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan 24.54saat (s)