Pembuat Jala

Iklan
Pembuat jala Muhamad Amzar Ariffin, 29 mengikat simpul dan menyirat jala menggunakan tangan di kedai jala miliknya di Kampung Changkat Dain, Nibong Tebal, baru-baru ini.

Muhamad Amzar Ariffin, 29, atau lebih mesra dipanggil ‘Abang Jala’ dalam kalangan penduduk dan anak ketiga daripada empat adik beradik itu berkata dia belajar membuat jala ikan sejak berumur 15 tahun, daripada ayahnya yang memang pakar dalam ilmu menjala.

Menurut Abang Jala, beliau mampu menghasilkan sehingga 30 jala sebulan untuk dipasarkan dengan harga antara RM180 hingga RM350. Foto Bernama