Padah sudah kahwin, gila aplikasi cinta

Iklan
Tinder adalah antara aplikasi sosial paling popular di Malaysia. (Gambar kecil: Muhamad Hisham)

SHAH ALAM - Malaysia kini berdepan lambakan aplikasi cari pasangan yang turut digilai oleh individu yang sudah berkahwin sehingga mampu meruntuhkan rumah tangga.

Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat sekurang-kurangnya 7.38 juta pengguna aplikasi tersebut di negara ini berdasarkan jumlah muat turun 10 aplikasi dating paling popular pada tahun 2022.

Iklan
Iklan

Menurut Statista.com, aplikasi cari cinta paling banyak digunakan di Malaysia ialah Omi, diikuti Litmach, Tinder, Heat Up, TanTan, Fizu, Lamour, Melo, Bumble dan Cinta.

Aplikasi ini membolehkan individu mencari pasangan secara dalam talian, sama ada untuk mencari jodoh, membina hubungan romantis atau sekadar menjalinkan persahabatan.

Iklan

Menurut Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Muhamad Hisham Marzuki, isu keruntuhan rumah tangga disebabkan pasangan terjebak dalam hubungan dengan orang ketiga, khususnya yang dikenali melalui aplikasi mencari jodoh, kini semakin serius.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya, platform berkenaan terlalu mudah diakses tanpa sebarang kawalan khususnya sejak pandemik Covid-19 pada 2020.

Iklan

"Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan ada sejumlah 43,936 kes perceraian pada 2021 dan meningkat kepada 62,890 pada 2022 dengan tertinggi ialah pasangan Islam.

Jumlah ini adalah berdasarkan angka rasmi khususnya semasa pandemik Covid-19,” ujarnya.Muhamad Hisham berkata, punca perceraian antaranya adalah disebabkan kehadiran pihak ketiga yang mereka temui dalam aplikasi cari cinta.

"Terdapat kes isteri telah mengesan perbualan suami dengan perempuan lain melalui aplikasi dating. Dia mendakwa suaminya telah berjumpa dengan perempuan tersebut dan menjalin hubungan sulit. Akibat terlalu marah dengan dakwaan isteri, si suami telah melafazkan talak di luar mahkamah.

"Faktor keseronokan melayan dunia fantasi ini telah mendorong pasangan untuk mencuba aplikasi tersebut,” katanya.

Tambah beliau, isu itu amat membimbangkan kerana melibatkan keharmonian rumah tangga yang menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.

Justeru, Muhamad Hisham mencadangkan supaya kerajaan menggubal undang-undang baharu di bawah Kanun Keseksaan yang mampu mencegah perceraian dengan memberi kuasa undang-undang berkaitan orang ketiga dalam rumah tangga.

Beliau berkata, Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan serupa sebelum ini tidak lagi boleh digunakan selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan ia tidak berperlembagaan.

"Mahkamah telah membatalkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan ketika ini undang-undang peringkat persekutuan tiada berkaitan kesalahan ini. Namun peruntukan masih ada dalam enakmen atau akta jenayah syariah negeri.

"Seksyen 498 perlu dilihat semula supaya undang-undang lain yang mempunyai ciri pencegahan dapat digunakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Disember lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 498 bercanggah dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah atas alasan jantina.

Info Aplikasi cari cinta

Paling popular di Malaysia

Aplikasi muat turun

Omi 3.23 juta

Litmatch 2.19 juta

Tinder 466,000

Heat Up 265,000

TanTan 261,000

FizU 209,000

Lamour 208,000

Melo 195,000

Bumble 179,000

Cinta 177,000

JUMLAH 7,380,000

-Berdasarkan jumlah dimuat turun pada 2022

Paling popular di dunia

Aplikasi Pendapatan

Tinder AS$808.2 juta

Bumble AS$424.5 juta

Hinge AS$223.2 juta

Grindr AS$158.7 juta

Pairs AS$78.5 juta

Badoo AS$72.4 juta

Tapple AS$61.2 juta

With AS$41.2 juta

Match AS$39.8 juta

BLK AS$39.6 juta

-Berdasarkan pendapatan dijana aplikasi terbabit pada 2023

Sumber: Statista.com

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!