Tahap kesedaran orang ramai urus e-waste masih rendah
Iklan
Tindakan menyokong pengurusan sisa e-waste merupakan tanggungjawab bersama bagi memastikan persekitaran yang lebih bersih dan selamat. (Gambar kecil: Hayati)
SHAH ALAM - Tahap kesedaran orang awam mengenai kaedah pengumpulan dan pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) di negara ini masih rendah berbanding pengurusan sisa domestik yang dihasilkan setiap hari.
Koordinator Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS) Malaysia Cawangan Johor, Dr Hayati Saleh berkata, fenomena peningkatan barangan elektrik dan elektronik itu kurang mendapat perhatian di pelbagai peringkat usia seperti kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas.