Langgan wanita di aplikasi 'dating' tapi salahkan isteri tak layan suami

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat.

SHAH ALAM - Keinginan isteri untuk melakukan hubungan intim semakin berkurang didakwa menjadi punca seorang lelaki bergelar bapa curang dengan menggunakan aplikasi cari jodoh dalam talian, MiChat.

Peniaga, Amir, 40-an, berkata, dia menggunakan aplikasi berkenaan kerana mahu melepaskan nafsu semata-mata ekoran isteri enggan melayani keinginannya di rumah.

Iklan
Iklan

"Apabila isteri sering menolak, saya terus memuat turun aplikasi MiChat kerana mahu mencuba nasib jika ada yang sudi melayan kehendak berkenaan.

"Pada mulanya saya hanya mahu teman berbual tetapi lama-kelamaan timbul rasa seronok sehingga mahu tidur bersama,” katanya.

Iklan

Ceritanya, wanita yang ditiduri itu adalah mereka yang melakukan perkhidmatan seks berbayar.

Dalam tempoh isteri enggan melayani kehendaknya itu, Amir berkata, dia pernah melanggan empat orang wanita dengan bayaran RM200 semalaman.

Iklan

"Sebagai seorang suami, saya merasakan permintaan itu sama sekali tidak salah. Lagi pula, isteri saya itu masih muda, baru berusia 40 tahun,” ujarnya.

Amir memberitahu, perbuatan itu akhirnya diketahui isteri dan kini mereka dalam proses perceraian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!