'Proses dokumentasi renyah, ambil masa' - Pengusaha e-waste
Iklan
SHAH ALAM - Proses dokumentasi yang renyah dan mengambil masa lama antara punca peniaga memilih untuk tidak mendaftar atau mendapatkan kod lesen SW110 daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membangunkan fasiliti kemudahan perolehan kembali.
Bagaimanapun, kaedah mendapatkan lesen bagi sesebuah syarikat untuk membangunkan pusat pengumpulan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) jelas lebih mudah tanpa perlu melalui prosedur yang terlalu ketat.