KEDIRI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas dipukul oleh ayah tiri dan ibunya selepas dia tertumpahkan air minuman.
Ayah tirinya yang berusia 45 tahun itu 'naik hantu' selepas kanak-kanak malang itu tidak mengaku menumpahkan air minuman hingga lelaki itu bertindak diluar kawalan dengan memukulnya dengan kejam.
Menurut laporan media tempatan, kejadian pembunuhan itu dilakukan di Desa Tugurejo, Kecamatan Ngasem, Kabubaten Kediri, Jawa Timur pada 22 Jun.
Ketua Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Sat Reskrim Polres Kediri Ipda Hery Wiyono yang mengesahkan kejadian itu berkata, insiden yang berlaku pada waktu malam itu bermula apabila pelaku mendapati segelas air tumpah, dan bertanyakan siapa yang melakukannya.
"Saat itu ayah tirinya bertanyakan siapa yang membuatkan air itu tumpah kepada mangsa, bagaimanapun mangsa berdolak-dalik dan menuding jari kepada ibunya.
Panik dengan apa yang berlaku mereka mengebumikan anak malang itu di kawasan berdekatan kediaman mereka tinggal.
Bagaimanapun, tindakan mereka itu tidak lama kemudian diketahui oleh nenek mangsa yang sekali gus membuat laporan polis.
Kedua-dua mereka kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu polis Kediri KP Fauzy Pratama berkata, mangsa dibunuh menggunakan senjata tumpul.
"Selepas bedah siasat terhadap mangsa dilakukan, kita dapati berlakunya pendarahan di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan benda tumpul.
"Mangsa juga dipercayai kerap dipukul sebelum ini," katanya lagi. Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!