Kegigihan Jinq En di AUG 2024 berbaloi

Iklan
Jinq En

PERENANG negara, Phee Jinq En menyifatkan kegagalan menyambar slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 membarakan keazaman menyahut cabaran dalam temasya Sukan Universiti ASEAN Surabaya-Malang (AUG) 2024 di Indonesia.

Malah kegigihan atlet sensasi berusia 27 tahun itu berbaloi apabila menghadirkan kilauan emas dalam acara 50 meter (m) kuak dada wanita dari kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI), Surabaya pada Rabu.

Iklan
Iklan

Lebih manis, penuntut dari Taylors University yang membarakan emas ketiga negara merampas semula pingat emas acara itu selepas kali terakhir dimenangi atlet Malaysia menerusi Erika Kong pada edisi Singapura 2016.

"Boleh dikatakan merampas semula emas antara sebab saya ke sini tetapi faktor utama adalah kerana saya tidak dapat ke Olimpik Paris kali ini. Selain itu, sudah tidak ada sebarang kejohanan untuk saya musim ini.

Iklan

Pada Jumaat, penuntut Taylor's University itu akan meneruskan cabaran dalam acara 200m kuak dada wanita.

Biarpun begitu, Jinq En dijangka tidak akan beraksi dalam acara 100m kuak dada wanita pada Sabtu apabila perlu pulang ke Malaysia bagi menghadiri majlis graduasi Ahad.

Iklan

"Saya akan beraksi dalam satu lagi acara, iaitu 200m kuak dada pada Jumaat tetapi saya terpaksa melupakan 100m kuak dada Sabtu nanti (esok) kerana perlu balik ke Malaysia untuk majlis graduasi.

"100 meter kuak dada adalah acara kegemaran saya yang memang nak sangat menang emas dalam acara tersebut, namun ia tidak ditakdirkan untuk saya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!