Kerajaan tak wajar diskriminasi peruntukan ahli Parlimen

Iklan
Syed Saddiq (kiri), memulakan larian 'Langkah Muar' di Jambatan Muar, pada awal pagi Jumaat. Foto TeamSS

MUAR – Kerajaan digesa agar tidak mendiskriminasikan peruntukan kepada kawasan Parlimen sama ada ia merupakan kawasan kerajaan mahupun pembangkang.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, peruntukan berkenaan juga tidak boleh dibahagikan mengikut warna politik bagi kawasan-kawasan Parlimen yang terlibat.

Iklan
Iklan

"Yang kedua, peruntukan ini juga merupakan dana bagi kami jalan dan teruskan khidmat-khidmat buat rakyat di Parlimen Muar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena program Langkah Muar yang melibatkan larian sejauh 200 km ke Parlimen pada Jumaat.

Iklan
Syed Saddiq meneruskan larian 'Langkah Muar.' Foto TeamSS

Larian yang bermula di Jambatan Muar pada jam 6.30 pagi Jumaat itu dijangka bakal berakhir di Parlimen pada Isnin.

Pada peringkat awal larian, Syed Saddiq turut diiringi beberapa pelari termasuk motosikal menuju ke destinasi pertama di Teluk Mas.

Iklan

Mengulas mengenai program larian berkenaan, Syaed Saddiq berkata, bagi peringkat permulaan ini, larian bermula di Jambatan Muar hingga ke Teluk Mas yang dianggarkan sejauh 25 km.

Bagaimanapun katanya, larian berkenaan akan dihentikan sementara pada waktu solat Jumaat sebelum bersambung semula selepas itu.

"Kita akan cuba habiskan dalam 50 hingga ke 60km sehari sebelum diteruskan pada keesokan harinya.

"Jadi, 200 km tu dipecahkan kepada tiga hingga ke empat hari. Saya seorang dulu, kemudian mungkin ada kawan-kawan yang ikut tapi rasaya tak semua akan ikut sampai 200 km,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!