Kerajaan belum berhasrat wujud jawatan tetap imam

Iklan
Mohd Naim

SHAH ALAM - Kerajaan belum bercadang untuk mewujudkan jawatan tetap atau kontrak kepada imam-imam di kampung kerana ia terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pengurusan masjid dan surau termasuk pelantikan imam terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Iklan
Iklan

"Buat masa ini, kerajaan belum berhasrat untuk mewujudkan jawatan tetap atau kontrak kepada imam kampung yang dilantik kerana ia terletak di bawah bidang kuasa negeri.

"Namun begitu, kerajaan sentiasa memberi perhatian berhubung kebajikan imam. Dalam hal ini, kerajaan telah memberi bantuan kepada kerajaan negeri melalui pemberian imbuhan bulanan sebanyak RM850 kepada imam-imam masjid kariah dan mukim di seluruh negara.

Iklan

"Ia diberikan sebagai tanda keprihatinan dan kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan jawatan itu,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Kamal Ashaari (PN- Kuala Kurau) mengenai hasrat kerajaan dalam mewujudkan jawatan tetap ataupun kontrak kepada imam kampung agar kualiti dapat dipertingkatkan, di samping mewujudkan peluang pekerjaan rasmi.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!