PRK Sungai Bakap: Pengarah Pilihan Raya PH minta hentikan perbuatan khianat

Iklan
Mohamad Abdul Hamid berucap pada program Sembang Santai Orang Kita Alumni 4B Malaysia di Tasek Chempedak malam tadi. - Foto: Bernama

NIBONG TEBAL - Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid meminta pihak bertanggungjawab supaya menghentikan perbuatan khianat terhadap bahan kempen jentera calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewang Undang Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi PRK itu berkata, semua pihak harus berkempen secara profesional tanpa perlu membuat sebarang provokasi terhadap lawan masing-masing.

Iklan
Iklan

"Kita tidak tuduh sesiapa tetapi tidaklah (ia datang) daripada pihak kita. Jadi kita minta hentikanlah (perbuatan itu) dan bertanding, berkempenlah secara profesional,” katanya selepas Sembang Santai Orang Kita bersama alumni Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni 4B) di Kampung Tasek Chempedak, Simpang Ampat, malam tadi.

Hadir sama calon PH bagi PRK Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin.

Iklan

Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang membuat laporan polis selepas mendakwa ada pihak cuba mensabotaj bahan kempen jentera Perpaduan dalam PRK itu dengan merosakkan gegantung dan bendera parti PH.

Ketuanya Muhammad Fadzli Roslan mendakwa sebanyak 38 gegantung dan 53 bendera yang dipasang di sekitar kawasan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, di sini telah diturunkan pihak tidak bertanggungjawab malah ada antaranya dibuang di dalam longkang.

Iklan

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Joohari dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff akibat keradangan dalam perut pada 24 Mei lepas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!