Petronas teruskan tradisi 22 tahun

Iklan
Azrul Osman menyampaikan sumbangan kepada pelanggan Stesen Minyak Petronas pada Kempen Petronas Coffee Break di Stesen Petronas Technology Park Malaysia semalam. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

TEKS FB: Kempen Coffee Break di 160 stesen minyak Petronas sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR - Sebanyak 160 stesen minyak Petronas seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam kempen Coffee Break sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bermula semalam.

Pengarah Urusan Petronas Dagangan Berhad (PDB), Azrul Osman Rani berkata, kempen yang menjadi tradisi sejak 22 tahun lalu itu diadakan bukan sahaja untuk menghargai pelanggan setia mereka tetapi membantu meningkatkan kesedaran tentang keselamatan di jalan raya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kempen itu terbahagi kepada dua fasa iaitu mulai 23 dan 24 Januari bagi fasa pertama serta 1 dan 2 Februari untuk fasa selanjutnya.

"Kita dah masuk tahun ke-22 buat kempen Coffee Break dan membina kesedaran tentang keselamatan jalan raya. Tahun ini agak istimewa kerana kita ada lebih ramai rakan kongsi baharu yang menyokong kempen ini.

Iklan

"Selain pemberian kopi segar dan snek ringan percuma kepada pelanggan, kita juga memberi baucar diskaun serta tawaran promosi hebat yang lain," katanya selepas melancarkan Kempen Coffee Break sempena sambutan Tahun Baru Cina di Stesen Petronas Taman Teknologi Malaysia (TTM) di sini semalam.

Azrul Osman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PDB berkata, sempena kempen itu, pelanggan dapat menikmati pelbagai tawaran promosi dan ganjaran di stesen minyak Petronas terpilih.

Azrul Osman (enam dari kiri) dan Ketua Divisyen Perniagaan Runcit, Khalil Muri (lima dari kanan) bergambar bersama kakitangan Petronas pada Kempen Petronas Coffee Break di Stesen Petronas Technology Park Malaysia semalam. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Iklan

"Pelanggan dapat menikmati tawaran itu melibatkan barangan yang dijual di Kedai Mesra, Tealive, Setel, Dunkin, Shopee dan Touch n Go.

"Khusus untuk pelanggan Petronas, PDB tawarkan sambutan penuh kegembiraan dengan pelbagai keistimewaan. Tahun ini kita mahu memberikan ganjaran lebih besar kepada pelanggan setia," katanya.

Azrul Rani berkata, selari dengan hasrat memastikan pemandu selamat ketika berada di atas jalan raya, pihaknya turut menawarkan pemeriksaan motosikal secara percuma dengan kerjasama Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd.

Menurutnya, PDB turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan ST John Ambulans yang membantu melancarkan kempen itu.