Pembenihan awan fasa kedua di Kelantan dijangka awal Julai ini - KADA

Iklan
OPA fasa kedua akan dilaksanakan di kawasan tadahan hulu sungai Kelantan seperti yang telah berjaya dilakukan pada 21 hingga 23 Jun lepas. - Gambar hiasan

KOTA BHARU - Operasi Pembenihan Awan (OPA) fasa kedua oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dijangka dilakukan awal Julai ini bagi memastikan hujan yang lebih konsisten di Kelantan.

Pengerusi KADA, Muhammad Husain berkata, perkara itu diputuskan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui satu mesyuarat pada 24 Jun lepas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, OPA fasa kedua akan dilaksanakan di kawasan tadahan hulu sungai Kelantan seperti yang telah berjaya dilakukan pada 21 hingga 23 Jun lepas.

"Saya difahamkan OPA sebelum ini berjaya menghasilkan 10 hingga 20 milimiter hujan pada hari pertama, namun paras air sungai Kelantan kekal pada paras minimum yang (memadai) untuk membolehkan rumah pam Kemubu KADA beroperasi,” katanya hari ini.

Iklan

Sehubungan itu, Muhammad berkata bagi memastikan hujan yang lebih konsisten KPKM telah memohon pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Jabatan Meteorologi melaksanakan operasi fasa dua awal Julai ini mengikut kesesuaian cuaca.

Pada 19 Jun lepas, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan OPA di Kelantan pada 21 hingga 23 Jun bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan dan menangani impak fenomena cuaca panas serta Monsun Barat Daya. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!